Monday, May 19, 2008

Politik oh Politik

Nampaknya negara Malaysia dikejutkan dengan berita Tun Mahathir telah isytihar keluar parti dan menyeru lain lain ahli UMNO untuk membuat tindakan yang sama bagi memberi tekanan kepada Pak Lah untuk meletakkan jawatan. Tak tahulah kot kot Mukhriz pun nak keluar UMNO jugak, we are yet to be informed. TAPI kata Tun Mahathir lagi, nak keluar UMNO keluarlah tapi jangan sekali kali masuk parti pembangkang sebab as soon as Pak Lah letak jawatan PM, masuk baliklah UMNO!

Haiyooo.. tu diah, pabila Tun Mahathir bersuara dan bertindak... ngeri jadiknya ahli ahli UMNO semua. This was after he had a meeting with Datok Seri Najib..hmm ada apa apa kah??? Matilah kan mak spekurama walhal dah lama tak balik Malaysia **ops! Baca pun baca kat Utusan Malaysia or Tranungkite Online ittew.

Itulah, kalau dah berkuasa lama sangat memang camnilah jadiknya. Di mana mana pun di dunia inniew kalau dah lama berkuasa tu, ingat ingatlha rakyat juga. Jangan ingat kita ni boleh berkuasa sampai bila bila. Empayar Parsi dan Empayar Rom yang gagah perkasa zaman dulu tu pun boleh tumbang dengan kaum Arab yang dok kat padang pasir; inikan pula Kerajaan BN yang hanya memerintah Malaysia!

Kalau kat UK ni, parti yang memerintah kalau berkuasa lebih dari dua penggal, memang ginilah jadiknya - bongkak dan taks edar diri. It happened to Margaret Thactcher and Tony Blair; dua dua sombong! Tak dengar cakap rakyat! Bila dah kena letak jawatan pun the damage has done... parti pun makin tak mendapat sambutan. Margaret Thatcher tu pun kalau bukak mulut nak kata apa apa tentang parti Konservatif pun mesti cakap macam orang nyanyuk. Tu pasal mak rasa pemimpin parti Konservatif UK dah tak bagi dah peluang kepada Margaret Thatcher untuk bersuara sebab kalau bersuara, makin teruk jadinya parti mereka! ***ala ala dah dahlah tu...kubur kata mari gitu!

So we'll see what happened to Malaysia selepas tindakan Tun inniew. Pastuh ada lagi rumours yang mengatakan akan di adakan lagi pilihanraya umum??? What?? Another one?? WHY though?? Buat perabih pitih rakyat ado lah!

Adakah tindakan Tun ada kena mengena dengan dirinya disebut sebut sebagai orang yang akan disiasat berkenaan kes kehakiman apa ntah...mak pun tak berapa ikut sangat.

yang penting, kita akan saksikan adakah Tun masih popular dengan tindakan beliau ini. Will other UMNO members leave the party as well???

Ohh..and Selamat Hari Guru kepada cikgu cikgi di seluruh Malaysia terutamanya Fiebie, Sheri and others yang berprofessionkan GURU. Jangan jadik Guru Yahya pasnih udahlah noh?? Heheheheh

p/s teringat lagi drama TV kat M'sia jaman jaman dulu ittew...Guru Yahya..memasing dok zikir "Guru Yahya, Guru Yahya"....

No comments:

Post a Comment