Monday, July 6, 2009

Mak Akan Kembali

Hi uols, ada yang rindu kan mak kah? Biasalah kan dalam dok bersedih dan berkabung, mak telah dibawak lari ke sebuah negara di Laut Mediterranean untuk berhujung minggu yang panjang.

***terimakasih berbanyak kepada Imah yang buat entry khas kepada mak dalam blog ImahFM beliau ittew... mak terharu noks!!! *HUGS*

Ni pun tak sempat lagi nih balik ke rumah mak; terus mak di kidnap bawak lari ke sebuah lagi Airport di London untuk meneruskan pengembaraan weols ke sebuah lagi negara yang weols dinch pernah hadhir.

Mak nak jugak cakap semasa mak di kampung ari tu pon mak sempat di kidnap oleh Diva PariTs dan keluarga. Sempat makan kerang, sotong celup tepung dan ABC di Pantai Batu Burok uols! Anak si Diva PariTs ni memanglah chomel dan diva kan?
**Diva in the making kah?? More like Diva oredy nih! *ops! So pakciuk yang jaga gerai tu tanya mak kalau kalau mak ni BAPAK kepada anak pompuan Diva PariTs inniew...I mean, helloooooo??? Jantan sangatkah mak??? **pengsan! Mak terpaksalah kan cakap yang bapaknya ialah omputih ittew; bukan mak!

Kepada semua yang bertanya tentang diri mak, thanks uols..mak sihat dan okay sekarang. Knowing that emak mak dah nak duduk dengan adik mak dan jaga cucu di siang hari (at least tak lah sunyi masa semua orang gi kerja), menyebabkan mak sangat sangat bersyukur.

Hari tu juga sebak dada mak...hampir hampir ngalir lagi air mata mak ni sebab mak saksikan sendiri adik pompuan mak ittew bukak bank akaun; ye lah, due to the circumstances i.e ayah dah meninggal dunia dan mak akan pindah jauh dari sekolah asrama adik mak ni, maka itulah sebabnya dia terpaksa bukak bank akaun. Ini juga membuatkan mak fikir fikir juga betapa inniewlah sebabnya Islam menggalakkan kita membantu anak anak yatim; hidup memang cukup susah tanpa bapa; tambahan lagi kalau yang dah jadi sebatang kara! Adik mak ni syukurlah ada abang abang dan akak
**ehem! nya yang boleh membantu sikit sikit dari jauh. Tapi yang memang takde orang tu? Yang yatim piatu dan tiada tempat untuk bergantung hidup? Patutlah besarnya pahala bila bantu anak yatim, kan?

Anyway, nanti bila mak dosi balik dari vacation mak inniew, mak nak cerita pulak fasal penerbangan Air Asia X from LCCT KL ke London Stansted baru baru ni. Diorang ni memang nak kena sumpah seranah lah lepas ni...wa cakap lu. Uols tengoklah nanti apa ke bendanya mak nak sumpah seranah diorang ni..... tungguuuuuuu!!!!

p/s cakap fasal sumpah seranah, mak dah sumpah seranah habis dos kat tempat buat keropok lekor masa balik kampung baru baru ni. Alaaa keropok lekor yang kununnya femes sekarang di Batu Rakit tu la! Uols nak hoi berapa lama mak dok tercongok berdiri tunggu panas panas demi nak beli RM30.00 keropok lekor batang tu???

2 JAM!!!

Bangsat sangat!

No comments:

Post a Comment