Sunday, July 12, 2009

Hectic Weekend, Sad Goodbye

Tu lah dia, sad goodbye ni bukannya sad apa pun noks. Avang tu hah kena ke Belgium lagi. Seminggu pulak tu tapi itu pun routine biasalah tu; minggu lepas di UK, minggu ni pulak di Belgium/ Germany. Tapi yang tak bestnya tu minggu depan nanti, dia akan ke Belgium lagi...and then off to USA for two nights.

Ni mak tak faham; kata ekonomi meleset tapi boleh pulak kompeni ittew bagi dia melayang layang ke USA hanya untuk dua malam naik bisnes class pulak tu! Mak makan hati!

Maka nampaknya selama dua minggu berturut turut mak akan menjanda cuma hujung minggu dia akan balik. Syukur! Kalau idak, mati akal mak nak buat apa. perhaps weols akan ke London jumpa si Kay ittew nanti.

Hectic weekend ni pun bukan nya apa. Hari Jumaat tu weols dapat tetamu berupa Makji Esah & MB2. maka weols pun berbors dan menganyam ketupat (jangan silap sangka okey? Ni menganyam ketupat bukan sebarang anyaman. Inniew anyaman demi masa depan bangsa! Githooo!) Puas weols makan makanan kat restoran India ittew sambil berbrok brek sakan. Apa apa pun sekarang hopefully siapa siapa pun dah dapat natijah daripada apa yang dah berlaku sejak dua menjak kebelakangan inniew. Ada yang sedih, ada yang potong kek, ada yang marah marah, ada yang pening kepala (mak lah antara nya ittew!) dan ada yang sentipz.

Whatever our difference is, tak perlulah nak pening pening kepala lagi. We are one big human race family dan of course perselisihan faham ittew akan ada. Dan internet bukanlah tempat yang terbaik untuk menyelesaikannya. yang terbaik, kita akur dengan privacy so-called "kawan kawan" kita. yang penting, kita tumpukan kepada keluarga dan kawan rapat kita. Ittew sahaja nasihat dari mak. Boleh kan, uolzz???

**matilaaa sesapa pun tak faham apa ke benda mak dok menenyeh nih!

Oh ye, hectic...ooo ada lagi. Hari sabtu weols busy tolong si AJ pindahkan barang barang dia ke umah weols from Northampton. Tu sejam setengah drive tu uols. Nice to meet him again and this time around weols sempat jumpa "kekasih" barunya. Okeylah jugak orangnya. Memula nampak kat internet tu, ingatkan tua untuk si AJ. Rupanya okey je. But we'll see. baru dua minggu. Ni pun lepas ni AJ dosi nak ke sebuah kepulauan di Greece bersama dua rakan lelakinya (sorang straight dan sorang cik gayah....hmmmm) selama 6 minggu nak ambik angin dan kerja sementara katanya sebelum mereka bertiga menuju je Liverpool untuk masuk U!

Mak dan Avang rasa hubungan AJ ngan cikki ni takkan lama lah...nak nak diorang ni kan masih muda; hengat senang kah nak maintain long-distance relationship nih????

Nak nak lagi kawan cik gayah si AJ ittew pun bukan aje akan buat satu kursus dengan si AJ, tapi AJ pun nanti akan pindah dok umah dia buat sementara waktu sebelum ke U...and also duduk sekampus lagi. Hmmmm sesuatuh sangat! **matilaaa spekulasi liar!

Apa hyang mak tak puas hati ialah masa dok pindah kan barang barang dia tu lah. Nak letak dalam kereta Avang satu hal; pastuh nak bawak masuk ke dalam apartment weols satu hal lagi. Memang barang barang dia tak banyak mana pun tapi bayangkan bilik dia kat rumah dia kat Northampton ittew kat tingkat tiga; apartment weols kat tingkat satu. tak ke letih nak mampsss tu?

Yang mak geramnya, si AJ ni macam ala ala bior je weols buat kerja angkut banyak banyak (cikki girlfriend dia pun satu hal; pemalas nak mampos tak tolong langsung pun!). Pulak tu lepas kitorang habis angkut tu, ada ke dia kata terimakasih??? Nan-ado!!!

Hal macam ni memang buatkan mak geram ala ala orang take advantage ngan kita. Ingat kita ni tunggul? Kita ni hamba abdi sahaya? Kalau bukan kerana Avang, takkan mak nak tolong dia lah! wa cakap lu sekarang jugak!

Berat sangat ke mulut tu nak kata terimakasih??? Bakkan salah bapak dia yang membesarkan dia kot? Bapak dia bukan aje ringan tangan nak menolong; ringan mulut lagi nak ucap terimakasih!

Lepas ni mak akan beringat kot nak tolong ke idak; biar lah dia buat kerja sensorang. takkan mak nak menolong. kata orang putih "once bitten, twice shy". Maka mak takkan masuk lagi dalam lubang perangkap buat kali kedua.

Kalau kau nak, hah kau buat sendiri! Kalau nak tolong, mintak tolong dari cikki kau yang pemalas berat tulang bunga dedap tuh!


p/s kadang kadang mak ada teori bahawa bebudak muda di mana aje kat dunia ni pendek akal sikit; tak gheti nak pikir benda benda bagi diorang ni remeh temeh tapi bagi kita yang "dah banyak makan garam" daripada diorang, benda ni bukan buat main main. Ni perkara sensitif!.



Daripada mak dok menyibuk tolong orang yang tak gheti nak berterimakasih, baik mak cucui mata tengok pemain bola topless. Nantilah mak letak gambar mamarazzi weols nanti :P

No comments:

Post a Comment