Monday, March 9, 2009

Melayu Boleh!!!!

Tahukah anda bahawasanya kebangkitan Bangsa Melayu sudah lama ketara di merata donia sejak zaman purbakala dan jaman tok kadok dedolu? Anda masih tak percaya? Mak dah buat pelbagai research bahan ilmiah daripada kitab kitab lama seperti Mahabharata, Hikayat 1001 Malam, Cerita Dongeng Aesops malah Kitab Kama Sutra sekalipun! ***lariiiiiiiiii


Masih tak percaya?

Tahukan anda semua Bangsa Melayu dah lama menjelajah dunia ini. Bukan setakan Tanah seberang kat Indonesia nuh lah..malah sampai ke kutub Utara dan Selatan, boleh? Sampai ke UK pun sama. Ini dapat dilihat dari segala nama nama tempat di seluruh dunia yang memang terdapatnya unsur unsur Melayu yang telah diolah semula ke dalam bahasa tempatan masing masing!

Anda ingat nama Newcastle tu sebab omputih kah yang letak nama Newcastle itu? Oh tidak…setelah mentelaah buku buku di perpustakaan peribadi Ratu Elizabeth, mak dapat tahu bahawasanya, pada lebih kurang 800 tahun yang lampau, begitu ramai orang orang Kelantan dari Kota Bharu telah migrate beramai ramai ke bahagian Timur Laut England ini. Disebabkan begitu berjayanya orang Kelantan di perantauan ini dalam bidang perniagaan pada masa itu sampai omputih pun jeles, nama bandar kat situ pun di beri nama Kota Bharu tapi telah di-English-kan sebagai Newcastle. Begitulah hebatnya penangan umat Melayu amnya dan oghe Kelate khususnya!


Ohh tunggu dulu anda semua..ada lagi… setelah meneliti buku kita kitab lama, inilah teori teori bernas yang mak dapat dan dapat di kemukakan untuk disebarkan ke seluruh dunia. Awas dunia, Melayu dah maju dah lama dahhhhh!

1) Ljubljana (pronounciation – Lub-Yana) ibu negara Slovenia. Asalnya seorang Minah Bohsia terlampau yang bernama Tun Janariah (melayu jugak lah sohehnya!) yang mengembara ke negara Balkan Eropah ini seribu tahun dulu lebih kurang. Tapi perangainya yang tak senonoh iaitu suka menunjukkan LJ nyer sambil menonggeng kepada orang ramai di pintu tingkap rumahnya. Tetahulah anda semua bahawa LJ itu ialah Lub** Jub*? Maka telah melekatlah nama bandaraya itu sempena trauma nyer penduduk Slovenia kat situ dengan perangai terlampau Minah Bohsia itu. Maka mereka pun dok sebut sebut nama “Ljub* Jana!, LJub* Jana!”. Sampai sekarang dipendekkan dan melekatlah nama Ljubljana!


2) Madrid ibu negara Sepanyol. Jugak memang sah kerana penangan seorang usahawan Terengganu yang bernama Idris atau nama timang timangannya Mat Derih. Oleh kerana dia berjaya menghancurkan raksaksa yang bernama Gorgon yang berleluasa di bandaraya itu 500 tahun yang lampau, maka demi memperingati nama Mat Derih yang berjasa ini, Ratu & Raja Sepanyol yang pondan itu terus letak nama Mat Derih (Madrid lah kan, nak di Sepanyol kan) sebagai nama ibu kota mereka.


3) Lisbon ibu kota Portugal. Juga disebabkan kuatnya dan perkasanya penangan bahasa negeri Terengganu. Arakian al-kisahnya ada seorang Melayu di sana yang sempat belayar ke ibu kota Portugal itu setelah Melaka jatuh di tangan Alfonso D’Albuquerque. Maka bisinglah dia di kota itu berceritakan perihal beliaulah yang menolong Alfonso untuk menjatuhkan Empayar Melayu lama itu. Adat orang yang suka menjadi tali barut kan, haruslah Mat Derih yang kat Madrid tu dengar berita ini,m terus memberitahu semua orang “Dia Lebong je tu!!” (lebong = belawok = menipu dalam bahasa Ganu). Maka terlekatlah nama Lebong kat Portugal itu..tapi bagi nak mengurangkan keterengganuan nama itu, maka dioleh semula sebagai Lisbon (sedap sikit bunyik katanya!)


4) Begitu juga dengan Bonn bekas ibu negara Jerman selepas Perang Dunia Kedua. Ramai yang kuat Lebong sibuk mengatakan merekalah hero dan sebagainya semasa perang. Tapi disebabkan nama Lisbon dah ada, orang Jerman pun menggunalah perkataan BONN sahaja!


5) Rabat ibu kota Morocco (Maghribi) sempena kain yang dipakai Mat Derih semasa melancong ke tempat itu koyak RABAK sebab di gigit anjing anjing liar di situ. Mujur Mat Derih tak mati kat Rabat! Sampai sekarang nama tempat itu Rabat (Rabak yang diperhaluskan).


6) Ghana sebuah negara di Afrika. Itu pun sebab ramai orang Ganu belayar ke sana sejak beribu ribu tahun dahulu. Tapi disebabkan orang Afrika di sana tak mahu sama sangat nama diorang dengan Ganu, maka ditukarlah menjadi Ghana. Gitu!


7) Tehran ibu kota Iran itu pun kerana kata kata seorang Melayu yang ternama! Ini pun sejak entah bila tapi Melayu ini walaupun tak Terlampau, tapi asyik asyik orang Iran semasa itu sebut “Oh, orang Iran boleh buat itu, ini” Dia pun asyik asyiklah sebut “Aku Tak Heran!” Itulah modalnya tiap kali orang Iran nak mendabik dada dengan nada riyak yang amat. Asyik asyik Tak Heran lah yang dia ungkapkan. Maka sampai sekarang terlekat pulak nama TakHeran itu. Lama lama dipundekkan menjadi Tehran pulak!


8) Oslo ibu negara Norway juga kerna kata kata hikmat seorang Melayu Terlampau semasa berpelachoran di sana seribu tahun lalu. Semasa bontotnya dibolosi seorang Viking ketika itu, dia pun berkata “Oh slow slow lah bang!!!!” dengan manjanya. Entah berapa ramai Viking yang dia tiduri tapi setiap kali itu jugalah dia menyebut “Oh slow slow lah bang!” Sampai terlekat nama Oh Slow di kota itu dan dipendekkan menjadi Oslo.


9) Negara Argentina pun sama. Semasa berlayarnya orang Ganu mengelilingi dunia untuk mencari emas dan permata untuk dibawa balik ke negara Terengganu, maka sampainya mereka di pesisiran sebuah pantai di tempat yang belum sesiapa sampai pun! Yang ado, hanya kaum asli di situ bersama anjing anjing liar mereka. Maka demi fobia nya orang Ganu nak ke darat, maka mereka pun bisinglah dalam kapal asyik menjerit “Anjing tina! Anjing tina!” Bagaimana mereka tahu anjing anjing liar itu semuanya betina, tiada lah adanya mak dapat mengetahui tapi sejak ke hari itu memang terlekat tanah itu menjadi Anjing Tina atau di komersial kan menjadi Argentina!


10) Russia…itu pun dek kerna penangan seorang anak Terengganu yang berasal dari Rusila. Memang kelas!!!! Sejarahnya tak dapat pulak mak nak huraikan di sini.


11) Akhir sekali, Tokyo ibu negara Jepun. Al-kisahnya seribu tahun dahulu ada seorang atuk tua asal dari Tanah Melayu yang suka bermain Yo-Yo. Dah tua tua pun suka main Yo-Yo; bukan nak gi surau ke hapa pun, boleh? Sampai menjadi champion kat negara Matahari Terbit tu hah! Tak femes jugak kah? Atuk ini tak putus harapan, dia nak femes lagi maka dia mintak namanya diabadikan di ibu kota lama Jepun itu (masa ni Edo namanya). Maka diperkenankan oleh Maharaja Jepun yang baik hati ketika itu – dinamakan Tokyo sempena Tok Ki yang suka main Yo-Yo. DiJepunkan menjadi Tokyo.


Begitulah adanya. Sekian. Kesian!

No comments:

Post a Comment