Monday, June 9, 2008

Pala Hotak Kau Velu!

IPOH 5 Jun - Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata rakyat negara ini masih bertuah kerana harga petrol hanya naik 78 sen.

"Saya jangkakan kenaikan RM1," katanya semasa diminta mengulas kenaikan harga minyak hari ini.

Samy Vellu yang juga bekas Menteri Kerja Raya berkata kenaikan harga minyak di pasaran dunia menyebabkan kerajaan tidak lagi dapat menampung subsidi.

Beliau berharap harga minyak di negara ini akan diturunkan jika harga di pasaran dunia turun.

Mengenai dakwaan pihak tertentu bahawa harga bahan itu boleh dikawal, Samy Vellu berkata, "Memang boleh kawal harga tetapi tiada minyak."

- Bernama

Ulasan pendek: Inilah kata kata orang yang tak tahu mengenai kehidupan orang awam. BERTUAH katanya..bertuah pala hotak mak nenek dialah. Dia takpalah, ado pitih berlambok!


Jangka naik RM1?? rakyat jangka naik bulan Ogos!!! :P

No comments:

Post a Comment