Tuesday, August 4, 2009

Satu Kehilangan

Uols ingat tak baru baru ni mak dok sebut colleague mak yang pregnant bebaru inniew? Well, dia ni memang teringin sangat nak menimang cahaya mata; ye lah, usia dah agak lewat macam mak *ops! Tapi sayangnya baru je masuk 6 bulan, dia keguguran noks.. sedeh weols menerima berita inniew. Masa tu colleague mak masih kat hospital lagi. Kami satu opis tergamam tak tahu nak kata apa tapi at least weols hantarkan satu bouquet of flowers and a card for her.

Memang ada sekali dua jugak dia pernah bagitahu mak yang dia takde pulak bertambah tambah berat badan dia walaupon mengandung (biasa pompuan mengandung akan bertambah berat badan kan?? Mak dinch hoi noks..mak tak boleh beranak! **nanges!). Lepas tu beberapa hari sebelum dia keguguran, dia ada bagitahu colleague mak yang lain dia ada sedikit pendarahan. Colleague mak yang satu tu dah siap mintak colleague mak ni gi jumpa doktor; ye lah mana tahu kan? Walaupun kita kata mungkin takde apa apa, tapi siapa tahu? sayangnya dia tak jumpa doktor pun dan akhirnya hari Ahad yang lepas, dia keguguran. It's a little baby boy yang cukup sifat semua....

Sedih sangat!

Hari ni dia dan suami sempat hadhir ke opis mak dan bila aje dia nampak mak, terus dia peluk mak erat erat dan menangis sepuas puasnya. mak dinch hoi nak kata apa nok; just peluk dia kuat kuat lagi sambil berbisik kat dia "You'll be fine..you'll be fine". Terkejut juga sebenarnya tengok dia datang ke opis nak ambil laptop kerja dia hari ni sebab awal sangat selepas keguguran ittew. Dia cakap antara lain dia nak ucap terimakasih kats emua kerna bagi bunga bunga ittew untuknya. Tapi mak rasa mungkin dia nak menyibukkan diri dengan kerja kot (sebab tu ambik laptop kerja dia bawak balik rumah); eloklah jugak noh...taklah ingat sangat dengan peristiwa sedeyy inniew.

Mak pun dok teringat mak mak masa sebelum mengandung adik mak yang paling bongsu pun pernah keguguran. Mak dinch hoi apa perasaan mak mak masa tu sebab mak dok jauh dari keluarga (nothing change there, eh???). Tapi bagi mak apa apa yang berlaku ada hikmahnya. Bersabar itu penting, kan?

Yang mak naik darahnya ialah cerita cerita kat akhbar tentang buang bayi lah sampai ada biawak makan sisa sisa bayi yang dah mati yang dibuang ke dalam longkang di Malaysia??? What kind of binatang diorang ni??? Dalam pada ramai yang nak anak tapi tak boleh dapat anak dan yang agak malang, keguguran; ada jugak yang dah mengandung, siap gugurkan kandungan. That's really a crime yang memang tak boleh dimaafkan. Elok hukum buang dalam longkang jugak diorang ni - biar diorang pulak kena makan ngan anjing liar dan biawak!

Pandai pandai main ngan jantan, pandai pandailah kau bertanggungjawab!

Kat UK ni baru baru ni pon ada cerita eksklusif fasal satu pasangan suami isteri ni yang dah ada 13 orang anak (yes uols...beranak pinak banyak sangatz!) tapi semuanya kena letak di bawah welfare kaedahnya. Mak pon dinch baca sangat kenapa tapi diorang ni nak sangat anak tapi tak gheti gheti jaga anak?? Tup tup mengandung lagi cikki ni??? Apa dah jadi??? yang jadik mangsanya ialah kita kita ni lah - the taxpayers!!!

p/s kalau boleh nak je mak bagitahu kawan mak tu, anak dia tu sudah pasti akan terus masuk syurga...tapi mak rasa terlalu awal..diorang pon dok tunggu post mortem bagai sebelum buat majlis pengebumian secara rasmi....semoga kawan mak ittew tabah menghadapi dugaan inniew....

No comments:

Post a Comment