Tuesday, June 30, 2009

Memori & Hajat

Semalam kami adik beradik sempat lah membuat banyak kerja di sekeliling dan dalam rumah. Emak mak dah siap bagitahu kami adik beradik tempohari beberapa perkara yang arwah ayah kami nak buat tapi tak menjadi sebelum dia meninggal dunia.

Maka kami adik beradik sempatlah melaksanakan hajat dan hasrat arwah ayah - buang almari lama di dalam bilik khas arwah ayah (tempat dia selalu buat kerja filing dan sebagainya itu), buang karpet merah yang lama dan dah tak berapa elok kat ruang tamu rumah kami dan most of all sempatlah kami jugak tunaikan hasratnya untuk kami adik beradik letakkan batu batu sungai sebagai tanda di atas pusaranya. Cukuplah dengan batu batu sungai itu katanya dahulu kepada salah seorang daripada kami; nak simple cemetery katanya. Sebak dada mak dengar kisah ni.

Semlama juga sempat kami nak ke bandar untuk pergi sana sini nak transfer nama akaun arwah ayah kepada emak kami; tapi tu pun tak menjadi jugak sebab banyak sangat prosedur nyer. Perhaps it's s good thing sebab manalah tahu takut takut ada fraud ke apa ke. Mak pun nak jugak potong talian TMnet kat rumah mak tapi tu pun tak menjadi jugak sebab kena ada surat kematian katanya (sebab talian itu atas nama arwah ayah). Nak potong tu bukan apa, sebab emak kami pun dah nak pindah ke rumah adik mak di Selangor sana. Elok lah tu, sebab tak elok juga biarkan emak keseorangan di rumah di Pantai Timur ni. Ni pun tiap tiap malam kami adik beradik akan temankan emak tidur di dalam bilik emak.

Kami juga sempat makan tengahari di sebuah restoran dekat dengan lapangan terbang. kata emak, arwah ayah nak sangat makan kat situ sebab nampak sedap katanya tapi tak kesampaian tempohari sebab ramai sangat manusia nak makan; terpaksa beratur pulak tu. tahu tahulah arwah ayah tak berapa sihat nak tunggu lama lama. Maka pada hari itu sempatlah kami adik beradik dan emak makan makan sedap di situ; nasi minyak, nasi lemak dan laksa. Memang sedap sangat. Kalaulah arwah ayah sempat makan makan di situ bersama kami.

Beberapa hari lepas untuk kali pertamanya mak saksikan emak mengalirkan air mata di depan kami adik beradik. Terisak isak emak menangis. Mak jugaklah yang pujuk emak (walaupun mak pun mengalir jugaklah air mata, ye lah sedih lah jugak kan). Masa tu kami adik beradik sedang mengira wang sumbangan derma kawan kawan arwah dan sanak saudara. Banyak jugak sebenarnya; mahunya dalam RM3,400. As a matter of fact, arwah ayah memang terkenal jugak di sekitar kampung ni walaupun dia tak dilahirkan di sini. Memang arwah ayah bergiat cergas juga dalam persatuan di kampung; menjadi setiuasaha suaru dan masjid etc. Alhamdulillah ramai hadhirin datang nak melawat arwah ayah sebeleum, semasa dan selepas arwah dikebumikan walaupun mak juga yang terkilan tak sempat nak mengucup dan menatap wajah arwah ayah.

Anyway, emak kami tetiba terkenangkan hajat arwah ayah yang ingin ingin sangat nak buat umrah di Mekah (arwah dan emak dah buat Haji dulu) masa kami adik beradik tengah mengira wang sumbangan derma orang ramai itu. memang emak menangis teresak esak mengenangkan hajat arwah yang tak kesampaian itu. Arwah ayah nak bawa emak, adik perempuan mak dan adik lelaki mak itu sekali katanya bila dah cukup duit nak buat umrah. Itu yang menjadikan emak sedih sangat.

p/s Terimaksih kepada semua yang memberikan ucapan takziah kepada keluarga kami dan mendoakan kerahmatan ke atas roh arwah ayah mak. XX
X

No comments:

Post a Comment