Showing posts with label Office. Show all posts
Showing posts with label Office. Show all posts

Monday, July 20, 2009

Cikki Bergaduh Besar (lagi!)

Aiyyooo noks..agaknya dosi jadi naseb mak bekerja di tempat yang majoriti nyer cikki cikki...yang dulu kan mak dosi bagitahu ada yang verangan bagos, ada yang verangan diva dan ada yang verangan nak bukak pub sendiri satu hari nanti walhal diri sendiri suka tonggang todi dan champagne murah, so how??? Tak ke bengkrap kau karang kalau bukak pub tu, cik kak oiiiii!

Dah lah banyak kali tiap kali datang hari Isnin, dia ni lah yang selalu tak dapat datang kerja; "sakit" katanya. Ye lah tu sakit..semua orang dosi hoi perangai dia. Ni sebab minum bebanyak weekend lah tu sampai mabuk tak habes habes! Kau tu alkoholik, dah pergi masuk kumpulan Alcoholic Anonymous lah!!!!

Al-kisahnya minggu lepas adalah cikki yang verangan bagos ni. Mak kata dia verangan bagos bukan hapa; dia ni selalu cakap kat weols yang dia dapat banyak interview kerja dan interviewer semua suka kat dia katanya (suka kat kau ke suka tengok ciktek kau yang besar buah tembikai tu?? **ops!)...tapi sampai tak sudah habok pun tarak. Dia masih jugak kat tempat kerja kat sinniew. Kata je ramai orang suka dia nak kerja ngan diorang tapi mana ada bukti???

Anyway, dia bergadoh besar dengan sorang kolig yang actually also kawan mak. Nak kata KB tu tak jugak sebab mak rasa sedikit tak berapa senang dengan perangai dia..maknanya mak tolerate je lah dengan perangai dia kan, noks? Ye lah, dia bukannya buat jahat pun ngan mak cuma mak je yang rasa annoying ngan perangai dia tu hah.

Kawan mak ni pun satu yang dia pergi bagitahu kat Cikki Verangan Bagos (CVB) ni yang dia tak suka si CVB masuk dalam meeting tu dah kenapa? Dos hoi CVB ni ultra-sentapz dan sentipz punyer perangai, tetappp lah jugak halang dia buat kerja dia. Kaedahnya mak pon dinch hoi kenapa kawan mak ni tak mahu si CVB ada sekali dalam meeting. Kata kan lah kalau CVB ni takde langsung positive input dalam meeting ittew, janganlah nak suruh suruh orang jangan pergi meeting. Kau tu bukannya bos dia! Faham? Compronde???

Maka melentinglah si CVB. Keluar kata kata kesat berupa anjing betina lah ittewlah..haiyoooo! tak professional langsung sesekor kat tempat kerja mak ni lah!

Kawan mak ni tengah mengandung...tak lama lagi dia akan tak kerja selama almost setahun kot sebab cuti jadi ibu, kan? So kaedahnya mak tak nak ambik "side". Itu antara diorang; mak tak amsuk campur. lagipun, bila kawan mak ni takde sebab cuti jadik ibu baru dapat anak, hah mak lah jugak yang masih lagi kena kerja dengan si CVB. Si CVB ni senang je, as long as uols hormat dia, dia akan hormat uols balik. Masalah ngan kawan mak ni, ala ala dia dok jaga tepi kain bisnes si CVB ni lah..tu masalahnya.

Tahun lepas pun ginilah dua ekor ni...bergadih besar sampai si CVB dua minggu signed off ngan doktor dia atas alasan stress! STRESS???? Aiyooooo..ni yang nak sangat kerja dengan kompeni lain yang lebih besar, lebih gah dan lebih banyak duit? Kau belum kenal apa ittew stress wahai pompuan!!!!

CVB ni pun satu jugak (matilaa mak kuat mengumpat tapi kan bukan korang hoi pun sapa CVB nih! Hiks!!!) nevrlaaa dia nak tanya mak cemana holiday mak kalau mak & Avang gi mana mana. tak pernah pun! Dah berapa kali mak balik Malaysia? dah berapa kali mak ulang alik gi Europe untuk long weekend tu semua? Ada dia ambil masa nak tahu how my journey was?? Nan-ado! Ni sebab jeleskah? Sakit hati sebab diri tu tak pernah nak gi keluar dari UK..yang paling jauh kau pergi, hmmm takat Ireland tu jah. Aiyooo cubalah luaskan sikit pemandangan dan pengalaman kau tu!

Wost thing was, dialah seorang yang tak tanya pun fasal kuarga mak ataupun mak bila mak kehilangan seorang bapa baru baru ni. Ni jenis takde hati perut dan perasaan kot? Walhal semua orang tahu mak balik kampung sebab kematian!

Anyway, sampai sekarang CVB dan kawan mak ni tak bercakap.... dan mak rasa mereka tak akan bercakap pun sampai kesudahnya sekarang. Memang relationship diorang dah punah ranah dah tak boleh nak baiki dah mak rasa!

Oh ye sebelum mereka ni bergadoh besar, boleh si CVB ni buat perangai diva dengan kawan mak yang mengandung ni? Al-kisahnya kawan mak baru buat scanning bayi dia maka dengan bangganya dia tunjuklah kat semua orang kat pejabat kan? termasuklah mak..mak pun tumpang giranglah. Bila kawan mak ni nak tunjuk kat si CVB, boleh dia kata lebih kurang "No thank you, mak taknak tengok!"

Boleh?? Walhal dia pun seorang ibu jugak...anak anak pun dah besar panjang..tapi perangai macam setan!

Owwwhhh mak pulak yang menggerutu kan??? Ishhh kenapalah dua ekor ni tak boleh nak berbaik...aiyoooo....sekor dengan masalah perangai verangannyer dan sorang lagi dengan perangai hmmm... ntah susah nak cakap, suka jaga tepi kain orang????

Mak feninnnnnnnnnnnnnnn


p/s Jangan haraplah nak soh mak jadik mediator antara diorang..... lagi menambahkan pening mak pulak karang! tak fasal fasal dua dua ekor tu kena cakar muka diorang ngan mak! Rasain!

Thursday, January 29, 2009

Cikki Berangan Diva!

Al-kisahnya semalam semasa diadakan meeting "Town Hall" bulanan kat opis mak, maka terpacullah dari mulut one of my colleagues fasal nak buat cleaning rota ittew.

Ni hal ehwal pembersihan vacuuming, cleaning the kitchen, mopping the floor kat lantai lantai all around the factory/ office area tu weols jugak yang kena buat uols!!! Rasa nak nanges tak????

Ni pun sebab weols terpaksa hentikan kontrak cleaning makcik yang sorang ittew atas alasan nak cut budget katanya - al-hasilnya, weols yang kena buat! Sentapz okeh???

Tapi dalam keadaan ekonomi yang meruncing kat UK inniew, weols terpaksalah kan pasrah sahajork; nak tak nak kena lah buat jugak walaupun dalam hati berapi api jugak - ye lah, weols bukannya dibayar untuk buat kerja kerja cikai ni kan???

Mujurlah dalam opis/ factory mak ni kebanyakannya cikki. Opss bukan bermaksud mak kata kerja cikki ialah mengemas dan buat kerja cuci mencuci ni, tidak uols!!! Masalahnya orang perempuanlah kalau buat kerja macam ni diorang sangat teliti dan dengan begitu baik sekals... can't even imagine kalau jejantan kat opis mak nak buat benda yang sama - mesti tak bersih punyerla!

Aaaanyway masa dok berbincang fasal cleaning rota tu, pun termasuklah discussion fasal cuci bilik kecik ittew. Tetiba terus sahajork sorang Cikki Verangan Diva inniew cakap dia takkan sampai bila bila akan cuci toilet sebab nak muntah katanya, boleh???

Masalahnya, dia tu hat yang tonggang botol "kicap" tiap tiap malam tu takpelah pulak??? Pulak tu sometimes bila datang kerja keesokan harinya nampak sangat muka tu macam pucat lesi dek kerna binge drinking malam tadi! Tu tak termuntah ke nak minum sampai nak mampos tu???

Kalau dia ni betul betul cikki yang selalu bergaya dan memang chanteque takpa jugak..ni idak - dahlah pakaian tu ketat sampai menonjolkan kegelebehan isi isi tayar kat perut dia tu...ewwwwww teruk...fashion disaster lah uolss!!!! Pulak tu tiap kali dia shopping, selalu sangat prompangkan kat semua orang - " Eee mak beli beg tangan ni mursmurs jah dik non...£3.00 jah kat kedai Netto ittew"



Dahlah gelebeh melampau..kaki tonggang lagi...eee gedik betul kau cikki berangan diva!!! **gambar sekadar hiasan dan bahan cikcapan **ops!!!

Aiyoyooo kalau mak lah, first of all mak takkan nak ngaku punyerlaa beli benda semurah ittew... tak tahu malu kot??

Secondly, no ONE I repeat NO ONE in the UK would ever EVER mengaku beli barang barang kat tempat sehampeh dan sesiyal kedai Netto ittew!! Kalau uols students takpalah..ni dah bekerja bagai pun masih beli kat kedai setan tu?

Ni pun ada gaya nak berangan jadik Diva??? Jangan mimpilah cik kak oiii!!!

Ni pun mujur Cikki Molot Longkang tu takde masa discussion tu; kalau ada harus dos kena smash tang tu jugak! Mrasa ada kes lempar lempar pen lagi karang!

Actually bukan Cikki Verangan Diva ni sorang jah hat yang DQ tanak buat kerja cuci toilet; ada lagi sorang cikki lain yang kata tak sanggup.

I maybe wrong..I maybe not but kebetulan pulak lah dua dua cikki ni adalah dua dua yang tak de anak (READ: tak pernah beranak!). Perhaps if they have their own kids, they'd change their mind towards cleaning the toilet?

Lagipun aiyoyooo bukannya ramai sangat pun orang yang kerja kat cawangan kat ofis mak ni noks.... berapa kerat sangatlah... tak sampai 15 orang pun! **tu diah punyerlah kecik opis nih!

So I have no idea kenapa theyols ni tanak buat kerja kerja macam ni.

Bagi mak, Aiman tak kisah..mak volunteer je kerja nak cuci toilet ni. **sekali sekala Diva Kayangan pun nak turun ke bumi untuk menolong rakyat jelata hoh?? :P

Lagipun bak kata boss manager mak, sesapa yang buat cuci toilet etc masa Jumaat, diberikan kebenaran untuk balik awal! Owhhh mak sukaaa!!!!

p/s Nanti next time mak akan revealkan nama nama kolig mak - alaaaa bukan nama betul noks, tapi nama komersil yang haruslah nama macam siyal setan kekdahnya..pemberian mak jugak! :P

Wednesday, January 21, 2009

Bila Cikki Cikki Bergaduh Besar!

Haiyyooohhh havoc satu opis mak hari ni uolssss... mana tak nyer, dua cikki kat dalam customer service ittew berperang molot uols...

Masalahnya yang sorang ni walaupun kerja dia manyak bagut dan berdedikasi kata orang, tapi ya hamponnnnnn molot macam longkang uolss!!!! Kalah Makhayam Laser No1 negara si Azwan Ali tu voley???? Molot tu mak aihhhh pakai lepassssssssssssss jah! Tapi macam mak cakaplah, kerja dia bagus uolss!!!

Yang sorang lagi ni baru jah masuk kerja kat tempat mak ni uols. Tapi dia ni lebih tua lah sikit kan daripada cikki molot longkang ni.

Tetiba bila ada satu perkara fasal satu customer yang cikki baru ni handle, tetiba cikki molot longkang ni yang selalu jugaklah tolong cikki baru ni kan, teruslah kan cakap sikit sikit fasal benda ni (aiyohh mak pun tak faham noks bisnes orang ni lah!)

Yang cikki baru ni rasa macam cikki molot longkang ni ala ala nak mengambil alih kerja dia pulak dan undermine her ability lah tu kot so to say, so terus cikki baru ni cakap under her breath lah kan dengan sinis sekals "I know what I am doing!"

Dahhh sudahhh... mampuih!!! Cikki Molot Longkang ni apo lagi, terus lempar pen dia across the meeting room ittew dan menghemburkan kata kata kesat berpuaka yang berupa "senggama" tu lah, boleh?? Aiyoyoyoooo dia kuar dari bilik meeting tu...cikki yang kena sembur dengan molot longkang tu pulak teruss menanges lah pulak (orang pompuan lah katakannn...**ya hamponnn!) dan terus kuar ofis, balik rumah dah tak balik balik dah ofis sampai kesudah!

Aiyo noks....mak urut urut dada jah...***matilaa lurah dendam!

Kenapalaaa cikki minah saleh ni non-professional sangat nih...sorang tu kalau ada orang nak bagi tolong tu, cakap terima kasih je lah; dinch perlu sinis bagai.

Yang sorang lagi ni ya hamponnnn alaaaa kasseeem! Bakpe laaa molot tu longkang sangat; susah sangat ke nak katup tu..geget je lah lidah tu biar bagi professional sikit perangai; nak nak depan Site Manager pulak tu masa tu!

Mak rasa kat opis mak ni walaupun kecik bilangan pekerjanya tapi sebab frustrated punyer fasal (fasal kerja kot hoh..takkan fasal tak cukup dapat stok sup batang kot? **ops!) dah banyak kali dos asik cikki cikki menangis nangis lah, sampai ada yang dua minggu off work sebab stress kununnya lah..haiyoooo dasyat uolss!!!

Kenapa theyols dinch boleh jadi macam mak yang menten cool dan Diva inniew walau dalam apa keadaan sekalipun...segala bisa nurbisa malahan molot longkang daripada sesiapa pun mak dapat tangkis dengan berhemah, uolss!!!!

Haiiii theyols ni nak kena masuk kelas anger management kot? Tak pun masuk kelas Mari Mendiva Bersama Mak Leemah, hoh??? Hiks....




Acu tengok gambar di atas - uols rasa mesti ad-dinch kena mengena dengan ceritera mak di atas kan??? Well, katanya kengkawan mak kat ofis ni, semenjak dua menjak mak bawak balik menatang menatang ni (keychains berupa bentuk sea-shells dari Langkawi) ke UK dan bagi kat diorang satu sorang, krisis demi krisis kat opis ni makin menjadi jadi katanya....

Aiyoyooo ammaaaa apppaaaa!!! Ada jugak ke yang percaya kat benda benda tahyul cenggini noh??? Owhhh mak makin urut dada lurah dendam mak inniew noks...owhhhhhh **matilaaa feeling Diva terus!

Wednesday, August 20, 2008

Peningkiewww Hampir Pupussssssssssssss

Nyah, so it's sort of countdown now really eh sebelum mak tutup blog ni sepanjang Remdan? Well tutup bukan sebarang tutup..ni tutup ala invitation only. Invitation only pun bukannya sebarang invitation only pun nyah oiii... non-ado nyer sebarang update mahupun catatan hidup mak sepanjang Remdan.

Mak pun dosi sempat bors bors ngan Goddess Selene di Utara sana. Dia pun nekad ni nak posa penuh walaupun mentari turun lewat yaamat (ye lah time time Summer nieh daylight pun panjang!). So mak pun harap posa mak pun penuhlah kan.... godaan tu memanglah banyak nak nak kat ofis mak mana ada orang posa - samalah macam Makji Esah nuh. Tapi mak rasa macam ada pembaca blog dia cadangkan, why not cakap je "I am on diet" everytime diorang ajak makan ke minum ke...tu pun kalau tanak hurai panjang fasal kenapa kita diwajibkan berpuasa! Dahlah letih, nak bercakap fasal posa pulak??? Kering kontanglaaaaaa molot! :P

OOppsss dah tersasar pulak..so yes uols, mak also nak cakap kefenin lalatz mak pun makin hilang nih (fingers cross, uols!!!) sebab pakcik tu pun dosi cakap kat tuan punyer bakal kediaman baru weols yang weols akan bayar duit muka rumah ittew sebelum weols melancong ke Semenanjung Iberia Jemaat inniew. So maknanya weols akan start pindah selo selo mulai awal Oktober gittew..... memang banyaklah nak kena bayar - nak kena bayarkan cleaner kat where we live now as well - semua kena spring clean bagai sebelum bagi balik kunci rumah kat tuan punyer hat yang skang nih. Yang pastinya mak skang dosi gigih mencuci dan menyental oven weols ittew and it works..so hopefully a little bit more of aktiviti sental menyental, maka akan hilanglah segala mala dirt and grime yang accumulated kat dalam ketuhar ittew after all these years (yes, weols dosi stay kat sinniew 2 years dos!!!). So wish me luck sempena acara menyental ni nah, uols???? Cheers!

Thx Avang kerna memahami - it's going to be difficult in financial aspect in short term but in long run, it should be on our side. We'll get by, I am so sure of that! XXX

Oklah, meh tengok gegambar piula:




Perasan tak cactus inniew siap ado bebola ala ala testicles pulak kat bawah tu noh??? Ni cactus kat ofis mak nih...jangan ada yang sanggup berkukur nyiur atas kektus inniew udahler..rabak carik daghoh hanyar pulok kang! ***pengsan!!!! Alaa tapi kurus panjang jah kektus ni..bukan besar gedabak pun!!!! **oops!!!!




Ni pulak dinner weols malam tadi - grilled salmon with new potatoes and salad. Avang siap letak memacam spices kat atas salmon ittew..tu yang buat sedap tu uols!! Dahlahs edap, berkhasiat dan low in fat pulak tu! Mak skerrzz noks..nak nak masa tu baru lepas balik kelas BodyPump ittew...... :)

Esok, hopefully mak ada masa nak mengompang ke mana weols nak pergi selama sepuluh hari nanti...daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Monday, August 18, 2008

Seminggu Of Meroyan-ness

Oh uols, mak rasa mak akan meroyan sepanjang minggu inniew dek kerna kompeni weols akan menghadapi big "event" of the year - Audit Kesihatan & Keselamatan **matilaa direct translation!

Ntuh betul ntuh idak Health & Safety Audit ittew kalau translate ke Bahasa Melayu jadiknyer macam kat atas tu, kan???

Owhh mak dinch kisah noks..yang pasti, fenin sefenin feninnya sebab banyak sangat yang nak diselesaikan last last minute nih. Kannn... bekerja pun last minute; ala ala jadik student pulak - nak siapkan assignment pun last minute dolu dolu noh??? **matilaaa C-Star Student **nangiusssss

Dahlah cikki meroyan tu walaupun dosi pulang ke tempat kerja tapi dia dinasihatkan oleh "doktor" dia (doktor ke pakar sakit jiwa niehh???? Fenin!!!!) agar dia buat separuh hari kerja jah the whole week this week..ala ala selo selo lah noh balik kerja; kang stress semual pulok, sapa nak jawab????

Cikki tu okey jah hari nih..nampak tenang skett..so syukur ... walaupun ada dua tiga kali dia tanya mak fasal something - mak kena hati hati bila menjawab kot kot tersakit otak pulak doh cikki ni, mak jugak yang kena kang!




Oh cuba lihat gambat di atas - inniewlah bakal bandar yang akan weols menetap nanti. Weols sebenronya berat hati nak tinggalkan banadaraya kediaman weols lening sebab bandaraya inniew quite civilised and safe bukan macam bandar yang weols nak duduk nieh!

Uols hoi tak about three years ago kot ada berita fasal sorang janz kena rape kat sinniew, leyy?? Menakutkan! Mak dinch hoi pulak kalau janz yang rapist tu dapat ditangkap or not tapi bandar ni bukannya besar pun; kecik bebenor! cemana buleh sampai kena rogol pun mak dinch hoi...nak kena lafaz sumpah kot pastuh?? **matilaaa sumpah menyumpah guna nama Agama!! **ops!!!

Anyway, tang bandar ni like I have said in my entry yang lalliewww, rental apartment nyer murs murs yaamat uols - £300 less than what we're paying now! Mahunya mak shopping sakan everytime dapat gaji hoh?? Lening nak beli suar dan baju baru pun takut..**matilaa papa kedana!

So nantilah mak cerita apa weols buat masa ujung minggu baru lepas nieh...churanz memang non-ado sebab mak sebagai ibu tiri yang bukan mak Bawang Putih, telah memberi sepenuh perhatian terhadap anak anak tiri mak yang hadhir melawat weols dan kaum keluarga Avang di bandar yang ado rapist ittew. So pendek kata, sepanjang ujung minggu memang untuk kuarga kaum kerabat jah!

Abang Lemang Bubblebutt pun ad-dinch koling mak bagai; dosi dapat yang terbaru, terchanteque dan more bergetah kot hoh?? **meraung!!!!

Wednesday, August 13, 2008

Work work work!

Uols ingat tak cikki kolig mak yang baru baru ni meroyan tak hengat sampai stress out bagai dan dah kena signed off selama dua minggu sebab stress ittew???

Well, yang mak dinch bagitahu uols ialah dia memang stress out gilbabs and sempat bagitahu mak antara puncanya ialah mak jugak! Tapi dia dinchlah blamed it on me 100% - not at all.

Katanya lepas mak departed from kompeni, dia di minta untuk membuat kerja kerja yang mak tinggalkan especially dalam hal hal Health & Safety. So memanglah dia sempat buat training bagai tapi alih alih bila mak kembalians ke pangkuan kompeni weols inniew, truss all those jobs dibagi semula kat mak. Mak dinch hoi pun perkara ni.

Tu lah dia, mak rasa rasa pun kalau mak tak kembali ke kompeni ni semula pun, last last cikki tu akan meroyan jugak akhirnya.

Yang felik bakpe kalau tak suka, tak letak jawatan bagai kan? Selalu jugak dia dok promprang bagai katanya dia dosi dapat banyak tawaran kerja kat tempat lain with better money and better position, katanya lah! Tapi tetaplah jugak bersama kompeni sekarang ni...why???

Meh mak bagitahu:

1) Weols kalau nak kuar gi mana mana during working hours pun tak mengapa asalkan ada alasan like - nak gi jumpa doktor ke, dentist ke, hangkut anak dari nursery ke... so pendek kata memang flexible yaamat kompeni mak nieh uols! **walhal sesetengah tu kuar nak shopping mahupun nak gi interview kerja kan?? :P

2) Nak dengar lagu kat lab, pun boleh..ni termasuklah lab si cikki nih! So sambil bekejra, sambil beronggeng dengan lagu lagu terbaru Madonna! Yay!!! :P

3) Nak guna tenet pun tak mengapa - mak ni hah kalau dah siap kerja dalam lab, hah siaplah dok melayan komen daripada pembaca mak, voley??? ***matilaa perasan ramai!

4) Borak borak..melawak lawak dalam ofis memang tak hengat. Nak nak ofis mak ni ramai cikki daripada cikjan.... cikjan hanya dua orang sahajork leyy?? Ermmmm mak ni cikjan kah?? Tak kot..so, yes, only two! :P

So, memang sebab inniewlah mak rasa dia tak letak letak pun jawatan dia..unless dia propah weols kunun dapat tawaran ittew inniew...entahlah noks....

La ni weols nak kontek dia pun dia tak menjawab punyer phone dia..haiyoo takkan stress sangat sampai sms pun tak terjawab???

DAN la ni pun sebab dia takde, mak lah kena buat semua kerja kat lab tu..dahlah audit health & safety minggu depan - banyak benda nak kena siapkan nih! Memang tak cukup masa pun - miss alasan lagi!!! Hiks....

Tapi satu je lah kerja ngan diorang ni (mak rasa pun kat mana mana pun sama) - kalau kita nak kuarkan kenyataan tu, kena hati hati - mesti ada yang kecik hati lepas tu!!! Aiyyooo dasar pompuan!!!!! **matilahakuuuuuuuuuuuuuu



Oopss siapakah inniew?? Yang fenting, dia bukan officemate mak noks...kannn tak ke erotika yaamat cara dia seluk suar dia tu??? **pitam!!!!

Thursday, July 31, 2008

Cake Club

So kaedahnya level of morale kat tempat kerja mak ni merudum bagai kan merudumnya saham saham di Amerika nuh, uols... ada aje yang asik nak sakit hati or buat kan orang lain sakit hati or sengaja menyakitkan hati or even mengeluh tanpa sebab....

Akhirnya, sorang kolig mak ni uols, buat saranan soh everyone kat tempat kerja ni bakar kek from scratch uols (tak aci lah wehh main ready mix punyer!!!) every two weeks dan bawak ke tempat kerja untuk dikongsi bersama..ala ala kiranya lift the spirit lah noks. Mak pun skerr walaupun mak ni kaki bangku dalam hal bakar membakar kek nih. makan kek memang mak gerenti pemenang No. 1!!! **matilaa pelahap!




Ni dia poster Cake Club yang kolig mak tu tampalkan kat dinding opis weols..so far, memang semau berjanji nak buat tapi adalah satu minah ni sempat kekwat cakap "Mak tak bakar kek noks!!!" Gitu katanya..maaf ye, mak alih bahasa pulak dlm Bahasa Melayu. Kekwat noh statement.. Tapi mak fikir fikir elok jugak dia tak buat kek bagai ni sebab tengok perangai "jijik" dia kadang kadang perlu ker weols makan apa apa bekas tangan dia ni??? Dahlah tahik arak... suka gigit kuku, pegang rambut yang ala ala tak berbasuh ittew...UWEKKKKKKKKKKKKK!!!

OOpss..supposed to be team building theme noh...hiks...




Tu diah, nama mak pun ado kat sittew... mak terpaksa padamkan nama kompeni weols tu sebab mak taknaklah pulak karang amk kena tendang kerja sebab publish nama kompeni kat dalam blog! Dahlah weols dosi kena sound ari tu sebab walaupun pekerja kat ofis mak ni tak ramai tapi kadar penggunaan internet weols ala ala negara China tu, leyy??? ***matilaa layari porn!
BUKAN MAK!!! :P

Anyway, there something wrong in that poster, can uols see what's not right there????

Anyway, mak pun dinch hoi nak bake apa.. jangan nak soh mak bake lemang udahler..mak dinch gheti buat lemang; makan lemang gheti ah!!! **ops!

Ohh belum apa apa lagi dah penuh drama bersiri swasta bagai hari ni. Kolig mak yang satu ni memang terkenal dengan molot puaka yang tak hengatnya ittew...pakai lepas jah. Pulak tu dah di bagi gaji naik mendadak lebih tinggi daripada orang lain pun masih dok mengungkit tak cukup itu ini. Mak dinch hoi pun berapa banyak dia dapat (and everybody got different rate anyway..ada dapat, ada yang tak dapat langsung pun ado!) until that day tetiba dia meroyan tak tentu hala sampai terpacul kat molot dia berapa banyak dia dapat! hamboiii dapat banyak pulak tu..tu pun nak marah marah lagi! Mak geram jugaklah ngan dia ni (walaupun dia ni boleh kira sebagai KB mak lah jugak tapi sejak akhir akhir ni perangai mengalahkan setan pulak!).

Oh..nanti mak sambung lagi ye noks...pasal cikki ni...mak nak take nap pulak..tidur 10 minit masa lunch time githoo! Duiii