Showing posts with label Merepek. Show all posts
Showing posts with label Merepek. Show all posts

Wednesday, August 12, 2009

Swine Flu VS Wine Flu

Noks ingat tak fasal cikki yang selalu tonggang botol kicap tiap tiap malam kat umah dia and bila datang kat opis, mulalah pening kepala lah, menggeletar lah, muntah lah... **yang kau pergi makan yoghurt macam babi tak makan sepuluh hari tu dah kenapa??? Patutlah kau muntah, bodoooh!

Padahal self-inflicted, betoi dak???

Pompuan ni memang jahannam... dan ke-kak nammnya makin menyerlah hari inniew kerna tup-tup dia call kat opis dan bagitahu boss weols: "I have been diagnosed with Swine Flu"

Swine flu my arse! More like Wine Flu lah hanjenggg!!! **tu diah I have said it!

Memang betul Makji Eton Melanton, elok sangat pon baling je botol kicap kat cikki yang ambik kesempatan ni...dah tahu diri tu pemabuk, ingat orang lain dinch hoi kah? Walhal sehari dua lepas dia dosi war war kan kat semua that "she had a heavy weekend" Maknanya tonggang botol kicap lah tu! Siyal sangat!

Masalahnya kat UK ni pun satu; none of the "swine-flu will-be sufferers" are allowed to go to clinics mahupun hospital - takut berjangkit ngan orang lain lah tu! Uols hoi cemana cikki ni tahu dia tu kena swine flu?? Hah prepare to pitamzz sebab senang sangat nak menipu kat negara omputih nih:

"Self-diagnosed through internet and call hotline yang katanya dipenuhi oleh bebudak sekolah atau lepasan sekolah umur 16 tahun!"

Very scandalous.. sesapa pun boleh kata ohh mak ado temperature..orrr ohhh ai ada muntah muntah.... sesenang je nak menipu these days!

Just because your "good friend" also merangkap colleague got this Hoax Flu (sorrry, swine flu), tetiba kau pun nak kena jugak??? Hoi Kak Nam, jagalah kau, weols akan perati kalau kau kuar dari rumah for the next 7 days ke hapo sebab kalau kau kuar rumah nampak sangat kau tu kena Wine Flu!

Boss mak pun dosi mintak one of my colleagues soh tengok tengok kat bandar ni kalau ada kelibat Kak Nam ni tengah mabuk mabuk dalam pub ke hapo. kalau ado, sah sah nak kena buang kerja minah ni!

Alaa noks, bandar tempat mak duduk ni apart from being a lap kaki one, it is also very der kecik. Everybody knows everyone lah kaedahnya..... so kalau uols ada kat bandar ke, especially kat pubs, harus lah orang lain hoi!

Masalahnya sekarang, kompeni weols ni jadiknya tak cukup kakitangan..yang suffers nyer siapa?? Weols yang kuat membanting tulang kat opis ni lah jugak, kak nammmmmmmmm!!!! Kau tu yang kau tahu nak togok kicap, nak tonggang botol kicap...tu je kau tahu.... bila datang opis, kau sentap sentap kalau ada orang tanya soalan fasal kerja... tak ke bodoh sombong tu namanya.. dahlah pemabuk, berangan diva pulak tu! Oh tidaaaaaaaaakkkk!!!

Inniewlah masalahnya sekarang; people taking advantage of what's going on this world at the moment. Perhaps kalau mak self-diagnose kat internet sekarang jugak dan cakap ada 5 out of 8 symptoms, dah sah mak akan boleh je dok kat umah goyang kaki tak yah buat apa apa. Kuar masuk Facebook dan membanting tulang dalam Farmtown. Tak ke senang baitu???

Yang kelakarnya my boss cakap kat weols yang tinggal berapa kerat kat opis ni "Don't tell anyone outside that she's been diagnosed with swine flu"

Mak tak faham noks..sebab cikki pemabuk tu dosi war war kan kat Facebook dia yang dia tu dah kena SWINE flu..so how???

Ohhh mak tak tahannnnnn....tak sabar nak tengok dia kena buang kerja kalau betul betullah dia menipu!

p/s kelakar betul that one of my colleagues sempat comment kat status Facebook cikki mabuk ni "Oops SWINE flu without the S!" Rasainnnn!!!!




Manalah kau tak kena swine flu????

Tuesday, August 11, 2009

Moral Dilemma

Al-kisahnya kolig mak yang baru sahaja kehilangan anak lelaki masa beranak baru ni, dosi hantar emel kat semua orang kat opis mak ni mintak kalau boleh semua hadhir untuk upacara pengkebumian (service) hari Khamis ni. Mak of courselah akan tetapp hadhir nak bagi morale support bagai tapi kat opis mak ni dah panjang lebar weols dok bincangkan; ada yang tak nak datang sebab rasa tak appropriate, ada yang nak datang sebab nak tunjuk support (ye lah 5 kali seminggu...sehari 7.5 hours or longer...more or less macam keluarga jugak walaupun nama je kolig kan?), ada yang tak sanggup nak datangs ebab tak suka nak hadhir mana mana pengkebumian pun malah ada yang tak sanggup nak hadhir sebab kematian orang yang mereka sayangi masih lagi segar diingatan.

Last sekali, mungkin kot hanya beberapa kerata sahaja yang datang ke pengkebumian bayi yang tak cukup bulan itu. Mak pun dok fikir fikir, mesti sedey karang sebab pemergian bapa mak pun masih lagi baru dans egar diingatan tapi demi kerna kawan mak ni, mak rasa mak kena buangkan semua benda benda remeh temeh ittew dan be there for her and family in this difficult time.

Sebab macam one of my colleagues cakap jugak and she has a point here yang tiap tiap hari kolig mak ni datang kerja dan tiap kali itu jugak dia sangat girang sebab last last dapat mengandung dan weols pun turut gembira bersama dia. Perhaps maybe dia nampak kitorang lebih daripada dia jumpa kuarga dia sendiri (kuarga dia pun dok jauh nun di utara UK) so in practical, kiranya kita ni lah kuarga walaupun maybe nan-ado relation luar dari kerja kaedahnya.

Bila dapat berita tentang dia kehilangan baby tu, semua terkejut dan sedih. Perhaps it's obvious that weols memang kena hadhir. Walaupun ada juga suara suara yang berkata mungkin dia sepatutnya buat upacara ni secara private untuk keluarga dia sahajork. Tapi mak rasa dia pun mungkin nak morale support from weols dan mungkin juga dia pun ala ala anggap weols ni sebagai kuarga; ye lah kerja 5 kali seminggu!

Kawan mak dan suami pun dah ajak soh datang rumah diorang tu (suami dia siap cakap kolig mak tu masih lagi sedih bagai, which is understandable lah kan) tapi mak dosi cakap kat diorang yang mak akan ke rumah diorang ngan Avang; sebab mak tak sanggup nak ke sana sensorang sebab mak pon dinch hoi apa nak cakap kan... ntah ntah bila sampai kat umah diorang, mak jadik senyap sunyi teros. Lidah kelu... lagipun kena hati hati apa yang kita nak cakapkan sebab orang tengah berkabung kan, uols?

Kisahnya gitulah sekarang...

Ohh ada satu lagi, cikki verangan Diva kolig mak tu ("musuh" utama kolig mak yang baru kehilangan anak ni) baru je diagnosed with Swine Flu uols! La ni kena dok dalam rumah bertapa lah jawabnya...tak boleh kuar rumah; kalau kuar jugak nampak sangatlah kau tu PENIPU besar! *ops!

Kat sini ada "Tamiflu" pills.... tak tahu lah sejauh mana keberkesanan benda ni tapi at least ado solution.

Cikki yang selalu mabuk kat opis mak ni pulak aiyoo dah dua hari dah mintak MC sebab tak sihat katanya..weols hoi, ni kes WINE FLU; bukan SWINE FLU! :P

Monday, March 9, 2009

Melayu Boleh!!!!

Tahukah anda bahawasanya kebangkitan Bangsa Melayu sudah lama ketara di merata donia sejak zaman purbakala dan jaman tok kadok dedolu? Anda masih tak percaya? Mak dah buat pelbagai research bahan ilmiah daripada kitab kitab lama seperti Mahabharata, Hikayat 1001 Malam, Cerita Dongeng Aesops malah Kitab Kama Sutra sekalipun! ***lariiiiiiiiii


Masih tak percaya?

Tahukan anda semua Bangsa Melayu dah lama menjelajah dunia ini. Bukan setakan Tanah seberang kat Indonesia nuh lah..malah sampai ke kutub Utara dan Selatan, boleh? Sampai ke UK pun sama. Ini dapat dilihat dari segala nama nama tempat di seluruh dunia yang memang terdapatnya unsur unsur Melayu yang telah diolah semula ke dalam bahasa tempatan masing masing!

Anda ingat nama Newcastle tu sebab omputih kah yang letak nama Newcastle itu? Oh tidak…setelah mentelaah buku buku di perpustakaan peribadi Ratu Elizabeth, mak dapat tahu bahawasanya, pada lebih kurang 800 tahun yang lampau, begitu ramai orang orang Kelantan dari Kota Bharu telah migrate beramai ramai ke bahagian Timur Laut England ini. Disebabkan begitu berjayanya orang Kelantan di perantauan ini dalam bidang perniagaan pada masa itu sampai omputih pun jeles, nama bandar kat situ pun di beri nama Kota Bharu tapi telah di-English-kan sebagai Newcastle. Begitulah hebatnya penangan umat Melayu amnya dan oghe Kelate khususnya!


Ohh tunggu dulu anda semua..ada lagi… setelah meneliti buku kita kitab lama, inilah teori teori bernas yang mak dapat dan dapat di kemukakan untuk disebarkan ke seluruh dunia. Awas dunia, Melayu dah maju dah lama dahhhhh!

1) Ljubljana (pronounciation – Lub-Yana) ibu negara Slovenia. Asalnya seorang Minah Bohsia terlampau yang bernama Tun Janariah (melayu jugak lah sohehnya!) yang mengembara ke negara Balkan Eropah ini seribu tahun dulu lebih kurang. Tapi perangainya yang tak senonoh iaitu suka menunjukkan LJ nyer sambil menonggeng kepada orang ramai di pintu tingkap rumahnya. Tetahulah anda semua bahawa LJ itu ialah Lub** Jub*? Maka telah melekatlah nama bandaraya itu sempena trauma nyer penduduk Slovenia kat situ dengan perangai terlampau Minah Bohsia itu. Maka mereka pun dok sebut sebut nama “Ljub* Jana!, LJub* Jana!”. Sampai sekarang dipendekkan dan melekatlah nama Ljubljana!


2) Madrid ibu negara Sepanyol. Jugak memang sah kerana penangan seorang usahawan Terengganu yang bernama Idris atau nama timang timangannya Mat Derih. Oleh kerana dia berjaya menghancurkan raksaksa yang bernama Gorgon yang berleluasa di bandaraya itu 500 tahun yang lampau, maka demi memperingati nama Mat Derih yang berjasa ini, Ratu & Raja Sepanyol yang pondan itu terus letak nama Mat Derih (Madrid lah kan, nak di Sepanyol kan) sebagai nama ibu kota mereka.


3) Lisbon ibu kota Portugal. Juga disebabkan kuatnya dan perkasanya penangan bahasa negeri Terengganu. Arakian al-kisahnya ada seorang Melayu di sana yang sempat belayar ke ibu kota Portugal itu setelah Melaka jatuh di tangan Alfonso D’Albuquerque. Maka bisinglah dia di kota itu berceritakan perihal beliaulah yang menolong Alfonso untuk menjatuhkan Empayar Melayu lama itu. Adat orang yang suka menjadi tali barut kan, haruslah Mat Derih yang kat Madrid tu dengar berita ini,m terus memberitahu semua orang “Dia Lebong je tu!!” (lebong = belawok = menipu dalam bahasa Ganu). Maka terlekatlah nama Lebong kat Portugal itu..tapi bagi nak mengurangkan keterengganuan nama itu, maka dioleh semula sebagai Lisbon (sedap sikit bunyik katanya!)


4) Begitu juga dengan Bonn bekas ibu negara Jerman selepas Perang Dunia Kedua. Ramai yang kuat Lebong sibuk mengatakan merekalah hero dan sebagainya semasa perang. Tapi disebabkan nama Lisbon dah ada, orang Jerman pun menggunalah perkataan BONN sahaja!


5) Rabat ibu kota Morocco (Maghribi) sempena kain yang dipakai Mat Derih semasa melancong ke tempat itu koyak RABAK sebab di gigit anjing anjing liar di situ. Mujur Mat Derih tak mati kat Rabat! Sampai sekarang nama tempat itu Rabat (Rabak yang diperhaluskan).


6) Ghana sebuah negara di Afrika. Itu pun sebab ramai orang Ganu belayar ke sana sejak beribu ribu tahun dahulu. Tapi disebabkan orang Afrika di sana tak mahu sama sangat nama diorang dengan Ganu, maka ditukarlah menjadi Ghana. Gitu!


7) Tehran ibu kota Iran itu pun kerana kata kata seorang Melayu yang ternama! Ini pun sejak entah bila tapi Melayu ini walaupun tak Terlampau, tapi asyik asyik orang Iran semasa itu sebut “Oh, orang Iran boleh buat itu, ini” Dia pun asyik asyiklah sebut “Aku Tak Heran!” Itulah modalnya tiap kali orang Iran nak mendabik dada dengan nada riyak yang amat. Asyik asyik Tak Heran lah yang dia ungkapkan. Maka sampai sekarang terlekat pulak nama TakHeran itu. Lama lama dipundekkan menjadi Tehran pulak!


8) Oslo ibu negara Norway juga kerna kata kata hikmat seorang Melayu Terlampau semasa berpelachoran di sana seribu tahun lalu. Semasa bontotnya dibolosi seorang Viking ketika itu, dia pun berkata “Oh slow slow lah bang!!!!” dengan manjanya. Entah berapa ramai Viking yang dia tiduri tapi setiap kali itu jugalah dia menyebut “Oh slow slow lah bang!” Sampai terlekat nama Oh Slow di kota itu dan dipendekkan menjadi Oslo.


9) Negara Argentina pun sama. Semasa berlayarnya orang Ganu mengelilingi dunia untuk mencari emas dan permata untuk dibawa balik ke negara Terengganu, maka sampainya mereka di pesisiran sebuah pantai di tempat yang belum sesiapa sampai pun! Yang ado, hanya kaum asli di situ bersama anjing anjing liar mereka. Maka demi fobia nya orang Ganu nak ke darat, maka mereka pun bisinglah dalam kapal asyik menjerit “Anjing tina! Anjing tina!” Bagaimana mereka tahu anjing anjing liar itu semuanya betina, tiada lah adanya mak dapat mengetahui tapi sejak ke hari itu memang terlekat tanah itu menjadi Anjing Tina atau di komersial kan menjadi Argentina!


10) Russia…itu pun dek kerna penangan seorang anak Terengganu yang berasal dari Rusila. Memang kelas!!!! Sejarahnya tak dapat pulak mak nak huraikan di sini.


11) Akhir sekali, Tokyo ibu negara Jepun. Al-kisahnya seribu tahun dahulu ada seorang atuk tua asal dari Tanah Melayu yang suka bermain Yo-Yo. Dah tua tua pun suka main Yo-Yo; bukan nak gi surau ke hapa pun, boleh? Sampai menjadi champion kat negara Matahari Terbit tu hah! Tak femes jugak kah? Atuk ini tak putus harapan, dia nak femes lagi maka dia mintak namanya diabadikan di ibu kota lama Jepun itu (masa ni Edo namanya). Maka diperkenankan oleh Maharaja Jepun yang baik hati ketika itu – dinamakan Tokyo sempena Tok Ki yang suka main Yo-Yo. DiJepunkan menjadi Tokyo.


Begitulah adanya. Sekian. Kesian!