Showing posts with label Cineworld. Show all posts
Showing posts with label Cineworld. Show all posts

Monday, February 2, 2009

Berjurai Air Mata Dek Slumdog Millionaire

Uols, mak ado konfesi nak bagitahu - we totally love this film!!!

Ada suka duka, ada gembira ...... feel good movie katanya (tapi tetaplah kan mak pose pose lap hengos masa bebudak kelly ni jaman kecik kecik dahlah mak kena bunuh dek rusuhan agama, pastuh tinggal kat setinggan pulak tu...mata pun hampir kena cungkil sebab untuk mengemis, boleh???)




Aiyoooo ala ala filim Hindi kan.... mahabbat zindagi nehi nehi yaamatz! Hiks....

Ada satu scene tu si Jamal ni nak sangatlaaa jumpa hero Hindi nyer iaitu Amitabh Bachan, sampai sanggop terjun ke dalam air taik uols...terusss dapat signature heronyer ittew...owhh nak tahu cemana ropa si anak Kelly ni berlumoran taik, hah, silalah tengok filim yang best inniew!



Saat saat sebelum si hero cilik, Jamal jatohkan dirinya ke dalam air taik demi nak berjumpa sesangat ngan Amitabh Belachan! LOL **matilaa cameraman ambik gambar dia tengah cikyak!

Berjurai jurai air mata dan air hengos mak dok tengok bebudak kelly ni kena dera lah, kena buat kerja berat beratlah, kena terajang, kena mengemis bagai - teringat pulak of our experience in India (Delhi, Jaipur & Agra) last year. Very der heartbroken occay? Dah negara porak peranda dan mesken tak hengat cenggitu, nak buek apo laei kan?? Dah culuture diorang pun camtu - penuh dengan kasta bagai!


Diva Parits mesti maseh terkenang kenangkan Delhi yang ditinggalkan noh??? Mujur conceive masa kat Parits kan? Kalu conceive kat Delhi??? Sila jawab sendirik! :P

Kiranya jalan cerita ni mengesahkan si Jamal budak yang tak berpelajaran dan harta kekayaan tapi tahu hampir semua jawapan kepada soklan soklan berachon masa masuk program Who Wants To Be A Millionaire.

Dia hoi tu pun sebab experience dia jugak masa jadik budak pengemis bagai..... so dia pun dok ceritalah kat pulis (yang penuh korupsi - kena tampar, terajang dan malah kena electrocuted sekals! Dasyat Pulis!!!) cemana dia buleh dapat all those answers! Flashback lah kan yang banyak nyer!

So bla bla bla...... it's a happy ending so, mak dan Avang pun suka sampai tepok tepok amai amai, ehh silap, tepok tangan!

DAN of course, ianya filim British tapi filemkan kat India kan, so ala ala Bollywood jugak, thus, tak sah kalau non-ado tarian dan nyanyian ala ala Bollywood....kalau nak tahu bila diorang dok nyanyi dan menari kat stesen keretapi tu, hah please watch the movie lah! takkan mak nak bagitahu semua kot?? :P


p/s masih seno bertimbun timbun kat luar sana...mak pun sempat buat snowman ala ala chick with dick (boleyy???) kat opis mak..nanti mak publish foto snow man separa janz dan separa cikki inniew, nah?? Hiks.....

pp/s mak dosi tukar nama si hero ni..betul kata izzo, hero dia Jamal, bukan Salim. Would like to apologise for the mistake heheh...dah tua noks! :P

Thursday, June 12, 2008

Melayu Pengganas VS Melayu Terlampau

Uols, this piece of news mak dapat baca dah lama dah tapi tertarik nak letak dalam blog mak ni. Kenapa??? Nanti mak cakap....

UK tarik balik iklan gambarkan Melayu pengganas

29/05/2008 8:43pm

KUALA LUMPUR 29 Mei — Suruhanjaya Tinggi United Kingdom di Kuala Lumpur telah bersetuju untuk menarik balik penyiaran iklan milik Kementerian Pertahanan Britain yang menggambarkan orang Melayu sebagai pengganas semalam.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, penarikan balik iklan di laman web kementerian itu dibuat setelah Malaysia membuat teguran.

"Kementerian juga telah mengarahkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu itu daripada pihak berkuasa UK dan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara, di sini, hari ini.

Penyiaran iklan kira-kira 30 saat itu yang turut disiarkan di pawagam-pawagam di Britain didedahkan seorang pembaca sebuah akhbar tempatan yang berada di United Kingdom yang menyatakan terkejut melihat iklan itu.

Iklan kepunyaan Royal Marines Commando Britain itu antara lain bertujuan menarik rakyat Britain menyertai pasukan berkenaan. Ia adalah iklan rasmi Kementerian Pertahanan Britain.

Iklan itu berlatarbelakangkan suasana seperti baru selesai ’operasi keganasan’, ketua kumpulan pengganas berkenaan berbangsa Melayu, dirakam menembak ke udara sambil menyatakan dengan jelas dalam bahasa Melayu, “Akulah orang yang paling jahat dalam dunia ini. Mari lawan aku. Aku akan bunuh semua’. - Bernama


Ulasan mak: Mak & Avang gi tengok cerita Superhero The Movie kat pawagam di sinniew at the weekend and one of the advertisement featured before the film was this one!

So obviously theyols tak tarik balik sepenuhnya advert inniew. Masa mak tengok tu pun terkejut jugak but then, sapa tahu orang tu dok merapek dalam bahasa Melayu??? Omputih tahu kah??? Avang tahu fasal ni pun sebab mak yang bagitahu dia.

Memang "pengganas Melayu" dalam advert tu merapek gilbabs kat pantai nak bunuh semua orang - termasuk tentera British kot.

For me, this is a sensitive issue. Kalau British Consulate cakap nak tarik balik, sepatutnya diorang tarik balik sepenuhnya..bukan cakap jah ala ala melepaskan batuk di tangga!

Kalau tak, I don't give a damn, bukannya omputih tahu pun hat yang "mengganas merapek" tu Melayu. Bahkan bahasa hat yang "mengganas" tu gunakan pun omputih dinch hoi!

Tapi tu lah, kalau kata nak tarik balik..eloklah pastikan tarik balik sepenuhnya..kang kena marah pulak ngan Kerajaan Malaysia!

p/s Nanti mak cari dalam internet iklan British Army ittew......